Tarikh: Sabtu, 24 Jun 2023
Waktu: 5.00PM-7.30PM
Tempat: No. 15 Jalan 3/3A, 43650 Bandar Baru Bangi, Bandar Ilmu
PENDAFTARAN: https://www.eventbrite.com/e/usrah-the-message-of-the-quran-surah-al-mutaffifin-tickets-660214468247?aff=oddtdtcreator
Surah al-Mutaffifīn ini adalah surah yang ke-83 dalam senarai surah-surah al-Qur’an. Ia terdiri daripada empat segmen di mana yang pertamanya adalah pernyataan perang terhadap orang-orang yang curang seperti mana ayat 1-6. Segmen kedua dari ayat 7-17 adalah tentang mereka yang derhaka dengan kecaman yang amat keras. Segmen ketiga pada ayat 18-26 adalah lembaran baiknya bagi mereka yang berbakti dengan kedudukannya yang tinggi dan segmen terakhir pada ayat 29-36 adalah tentang apa yang dihadapi oleh mereka yang berbakti di dunia dengan mereka yang derhaka sebaliknya.
Surah ini menceritakan tentang perihal sebenar yang menjadikan para pembesar Quraish itu bersikap keras terhadap dakwah Islam. Hal ini kerana mereka sedar tanpa ragu bahawa ajaran baru yang dibawa Nabi itu bukan semata-mata aqidah yang tersimpan di dalam hati, atau aqidah yang menuntut ucapan Tauhid semata-mata, serta menegakkan solat dan beribadat hanya kepada Allah. Tidak, tidak sedemikian! Mereka faham bahawa aqidah ini merupakan manhaj yang akan menghancurkan dan membongkar semua landasan jahiliyah yang menjadi tempat tertumpunya segenap peraturan dan kepentingannya. Mereka juga mengerti bahawa tabiat manhaj ini adalah untuk menghancurkan kesemua unsur yang menjadi landasan jahiliyah.
Lantaran itulah mereka mengarahkan serangan terhadap dakwah Islam ini dari segenap penjuru daripada sebelum sehingga sesudah hijrah. Peperangan mereka mencerminkan pembelaan terhadap seluruh aturan dan sistem mereka untuk menghadapi peraturan-peraturan Islam, yang bukan cuma sekadar urusan aqidah dan pola fikir semata. Mereka yang memerangi kekuasaan manhaj Islam terhadap kehidupan manusia dalam setiap generasi dan pada setiap lokasi pasti mengetahui hakikat ini. Mereka mengerti dengan sebaik-baiknya. Mereka mengetahui bahawa peraturan dan undang-undang mereka yang batil, kepentingan-kepentingan mereka yang diperoleh dengan cara merampas, dan keberadaan mereka yang palsu, serta tata kehidupan mereka yang menyimpang itu dikecam oleh manhaj Islami yang lurus lagi mulia.
Para penguasa dan para tirani yang zalim dan curang – apapun bentuk kecurangannya, baik curang dalam masalah harta-benda, hak, mahupun kewajiban – akan lebih banyak menentang manhaj yang adil dan bersih itu, yakni, manhaj yang tidak menerima tawaran, kepura-puraan, mahupun sebarang kompromi.
Program
500-510PM: Pembukaan oleh Ahmad Muziru Idham, Felo Penyelidik, IRF
510-520PM: Bacaan Surah al-Al-Mutaffifīn oleh Abdul Rahman Sayuti, Felo Penyelidik, Abduh Study Group, IRF
520-550PM: Tafsiran Muhammad Asad dalam Risalah al-Quran tentang Surah Al-Mutaffifīn oleh Ahmad Muziru Idham
550-620PM: Tafsiran Surah Al-Mutaffifīn oleh Ustaz Ali Muda, Pengarah Eksekutif, IRF
620-650PM: Diskusi
650-730PM: Jamuan ringan & Solat
Anjuran: Islamic Renaissance Front