Tarikh: Sabtu, 5 Ogos 2023
Waktu: 5.00PM-7.30PM
Tempat: No. 15 Jalan 3/3A, 43650 Bandar Baru Bangi, Bandar Ilmu
Register at: https://www.eventbrite.com/e/usrah-the-message-of-the-quran-surah-al-infithar-tickets-682200037677?aff=oddtdtcreator
Surah yang pendek ini memperkatakan revolusi alam yang dibicarakan oleh surah at-Takwir, tetapi ia membawa gambaran dan sifat-sifat khusus yang lain. Ia membicarakan bidang-bidang tertentu dan membawa hati mansia menjelajahi bidang-bidang itu. Ia membuat sentuhan dan singgungan dari jenis yang baru, tenang dan mendalam, iaitu sentuhan-sentuhan yang seakan-akan kecaman tetapi mengandungi ancaman.
Oleh sebab itu ia menayangkan pandangan-pandangan revolusi dengan ringkas sahaja, kerana suasana kecamannya lebih tenang dan lebih perlahan, dan irama senikata surah ini juga tenang, dan dengan itu tercapailah keseimbangan dan keserasian yang sempurna dalam syaksiyah surah ini.
Dalam bahagian yang pertama surah ini menceritakan tentang langit terbelah, lautan -lautan terpecah, dan kubur-kubur terbongkar. Peristiwa-peristiwa inilah yang membuat setiap orang, pada hari yang dahsyat itu, sedar apa yang telah dibuat dahulu dan apa yang telah dibuat kemudiannnya.
Dalam bahagian yang kedua, ia mulakan dengan kecaman yang mengandungi ancaman terhadap manusia yang tahu menerima ni’mat-ni’mat Allah yang melimpah-ruah, tetapi tidak tahu kewajipan membalas ni’mat-ni’mat itu, tidak menghormati Tuhannya, dan tidak bersyukur di atas limpah kurnia, ni’mat dan penghormatan yang diberikan Allah.
Program
500-510PM: Pembukaan oleh Ahmad Muziru Idham, Felo Penyelidik, IRF
510-520PM: Bacaan Surah al-Al-Infithār oleh Abdul Rahman Sayuti, Felo Penyelidik, Abduh Study Group, IRF
520-550PM: Tafsiran Muhammad Asad dalam Risalah al-Quran tentang Surah Al-Infithār oleh Ahmad Muziru Idham
550-620PM: Pengajaran Surah Al-Infithār oleh Ustaz Ali Muda, Pengarah Eksekutif, IRF
620-650PM: Diskusi
650-730PM: Jamuan ringan & Solat
Anjuran: Islamic Renaissance Front