
Tarikh: Jumaat, 15 Ogos 2025
Masa: 7.30PM – 9.30PM
Tempat: Baitul Azizah, Presint 18, Putrajaya Bandar Filsafat
(Untuk lokasi, emelkan kepada: [email protected])
Daftar di: https://forms.gle/FVgaNN4S66S1GToN8
Di Indonesia, suara pembaharuan sering berkumandang dari kelompok modernis (Muhammadiyah) dan neo-tradisionalis (Nahdlyin). Namun ada juga kelempok lain yang berangkat dari Islam kiri atau sosialisme Islam, dan kelempok perkotaan liberal seperti Cak Nur dan Paramadinanya, serta lain-lain yang cenderung menyeru kepada Teologi Pembebasan yang kuat menolak hegemoni kapitalisme dan kemiskinan rakyat.
Di Malaysia (dan terpalit di Singapura) suara dan gerakan pembaharuan sudah lama wuiud namun perkembangannya tidak pernah subur. Turun naik suara pembaharuan malah menerima penolakan dari penguasa Islam yang dominan yang boleh beragama antara tradisionalisme hinggalah revivalisme. Maka wajar dihuraikan sebak musab duduk perkara sedemikian dan apakah antara ialan keluar dari hambatan dan belenggu ini.
Program:
7.30 – 7.45 : Solat Maghrib
7.45 – 7.50 : Pembukaan oleh Moderator: Ahmad Muziru Idham
7.50 – 8.30 : Pembicaraan oleh Dr Azhar Ibrahim, National University of Singapore
8.30 – 9.30 : Perbincangan
9.30 : Penutup oleh Moderator dan Makan Malam
Biografi Narasumber
Dr. Azhar Ibrahim adalah Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Beliau telah menerima PhD, MA, daripada Jabatan yang sama pada tahun 2002 dan 2008. Disertasi beliau bertumpu pada hal humanisme dan intelektualisme dalam kesusasteraan ilmuwan Melayu manakala tesis MA beliau adalah berkenaan kajian orientasi keagamaan seperti yang tercermin dalam masyarakat feudal Melayu dan penerusannya hingga ke hari ini. Beliau mengambil jurusan Pengajian Melayu dan Pengajian Asia Tenggara pada peringkat ijazah. Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah selama hampir sedekad di Institut Pendidikan Kebangsaan (NIE), Universiti Teknologi Nanyang, mengajar persuratan Melayu klasik dan moden, sosiologi Bangsa Melayu, dan juga tradisi intelektual dan peradaban Islam. Beliau juga telah berjaya menyiapkan pengkajian di peringkat pasca kedoktoran di Faculty of Theology, University of Copenhagen, Denmark (2009/2010), dan kemudian di Temple University, USA (2010/2011).
Anjuran: Islamic Renaissance Front

