I am the voice of the poet of To-morrow
My own age does not understand my deep meanings
My Yusuf is not for this market
I despair of my old companions [Iqbal, 1983]
Dalam siri syarahannya yang disampaikan antara tahun1928-1930 dan kemudian dibukukan sebagai The Reconstruction of Religious Thought in Islam, Muhammad Iqbal telah melakarkan visi Islam yang signifikan dan tuntas ke arah rekonstruksi pemikiran dan ijtihad. Himbauan yang cekal dan berani, jauh melangkaui zamannya yang dianggap tidak memahaminya, idealisme perubahan ini dihimbau dalam karangannya untuk menggerakkan kesedaran agama dan mencetuskan kebangkitan dan menggembling perubahan dan pengembangan ijtihad.
Pengarang, penyair, dan pejuang nasionalis yang terkemuka, penulisan Iqbal telah memberi pengaruh yang luas dalam perkembangan sastera Urdu dan Parsi di dunia Islam dengan nilai kepujanggaan dan sufisme yang kritis, dan ketinggian warisan falsafahnya telah membawa kekuatan magnitud dan dampak yang besar dalam usahanya membawa reformasi pemikiran dan nahdah budaya dan merealisasikan aspirasi Islam moden.
Kehidupan
Even as I depart from this world,
Everyone will say ‘I knew him’,
But the truth is, alas! That none knew
Who the stranger was, or what he said, or whence he came! [Iqbal]
Muhammad Iqbal (9 November 1879 – 21 April 1938) dilahirkan di daerah Sialkot, di perbatasan Punjab dan Kashmir, dalam keluarga Brahmin-Kashmiri yang sederhana. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sialkot dan menengahnya di perguruan tinggi pemerintah di Lahore, mendalami kesarjanaan Inggeris dan sastera Arab. Selanjutnya beliau mempelajari falsafah moden, di Trinity College, Cambridge pada tahun 1907. Setelah setahun melanjutkan pengajiannya dalam bidang perundangan di Lincoln Inn, England beliau lulus dan bergelar Barrister pada tahun 1908. Dalam tahun yang sama beliau sempat mengajukan tesisnya – yang diselia oleh Sir Thomas Arnold – berjudul The Development of Metaphysics in Persia (Perkembangan Metafizik di Parsi) di University of Munich dan memperoleh Ph.D. dalam Filsafat.
Setelah kembali ke India pada biulan Julai 1908, beliau diangkat sebagai guru besar dan mengajar falsafah di Lahore. Beliau sempat meneruskan profesinya sebagai pengamal undang-undang dan mengajar di beberapa perguruan tinggi di Oriental College dan Government College di Lahore dan Jamia Milia di Delhi.
Kiprah dan pergerakannya dipengaruhi oleh kegawatan politik dan sosial yang kompleks di waktu itu yang membawanya terjun ke gelanggang politik menyertai Partai Liga Muslim India dan menjadi tulang belakangnya. Dalam salah satu kesempatan daripada ceramahnya yang terkenal, Iqbal mencadangkan pembentukan negara Muslim di Barat Daya India, yang dikemukakan dalam pidato kepresidenannya di Liga Muslim India pada bulan Disember 1930. Dalam ketika yang sama beliau memiliki perhubungan yang erat dengan Quaid-i-Azam Mohammad Ali Jinnah, yang menentang keras dasar penjajah kolonial Inggeris. Pada tahun 1922, beliau dianugerahkan pingat kesatria oleh King George V, yang membawa gelar “Sir” pada pangkal namanya. Iqbal turut diangkat sebagai Penyair Nasional oleh pemerintah Pakistan, dan dikenal sebagai Muffakir-e-Pakistan (The Inceptor of Pakistan), Shayir-e-Mashriq (Poet of the East), Hakeem-ul-Ummat (The Sage of the Ummah) dan Iqbal-e Lahori (Iqbal dari Lahore) dalam kareernya sebagai sasterawan.
Karya
Even Iqbal does not not know Iqbal [Iqbal]
Allamah Muhammad Iqbal merupakan seorang pemikir dan pujangga besar yang telah menyumbangkan karya-karya yang signifikan kepada dunia Islam. Terkenal sebagai ahli sastera, reformis sosial dan penghubung falsafah dan tamadun Timur dan Barat, penulisannya menampilkan semangat dan kefahaman Islam yang rasional yang memperjuangkan gagasan kemodenan, nilai spiritual, sufisme dan falsafah diri – selfhood (khudi) dan naratif Islam yang moden. Ia menggarap idea sufisme dan falsafah Barat dan teori peradaban, hukum, teologi, syariah, dan metafizik yang tuntas dan mengemukakan perbahasan dan perumusan yang signifikan tentang pandangan usul dan perundangan Islam yang digarap dengan kekuatan ijtihad. Antara karya yang utama yang dihasilkannya termasuklah Asrar-e-Khudi (1915 –The Secrets of the Self, diterjemahkan oleh Reynold A. Nicholson dari tulisan Urdu), Rumuz-e-Bekhudi (1918 – The Mysteries of Selflessness, diterjemahkan oleh A.J. Arberry), Baal-e-Jibrael (1936 – Wings of Gabriel), Payam-i-Mashriq (Message of the East), Zabur-i-Ajam (1927-Persian Psalms), Baang-e-Dera (1924 – Call of the Marching Bell), Zarb-e-Kaleem (1936 – Blow of Moses), Javed Nama (1932 – Book of Eternity, diterjemahkan oleh Arthur J. Arberry), dan karya Inggerisnya The Development of Metaphysics in Persia (1908), dan The Reconstruction of Religious Thought in Islam (1930).
Tajuk-tajuk karyanya yang profetis ini juga membayangkan firasatnya untuk membawa peranan kenabian, seperti yang ditilik oleh Mustansir Mir (2016, h. 239) tentang idealisme yang ternampak daripada penulisannya untuk menegakkan cita-cita islah, dan perjuangan nubuwwah:
“The titles of Iqbal’s poetic volumes – such as The Sound of the Caravan Bell, Gabriel’s Wing, The Secrets of Selflessness, Persian Psalms, and The Stroke of Moses – indicated that he had taken it upon himself to perform a prophetic role for the worldwide Muslim community. It was Iqbal’s wish to rouse Muslims from their long slumber and impress upon them the need to become, once again, active and productive members of the world polity.”
[Tajuk dari karya-karya Iqbal yang puitis – seperti Bunyi Loceng Kafilah, Sayap Jibril, Rahsia Tak Mementingkan Diri, Zabur Parsi dan Pukulan Musa – menunjukkan yang beliau telah menetapkannya atas dirinya untuk memainkan peranan kenabian bagi komuniti Islam sejagat. Ia adalah keinginan Iqbal untuk membangkitkan umat Islam dari tidur mereka yang panjang dan menekankan ke atas mereka keperluan untuk menjadi, sekali lagi, umat yang aktif dan produktif dari politi dunia.]
Semangat pembaharuan dan falsafah perjuangan yang jelas yang digarap dalam karya-karyanya yang menggagaskan rekonstruksi pemikiran dan ijtihad dan kebangkitan politik dan spiritual bagi peradaban Islam, yang membawa Iqbal menjelajah ke pelusuk benua menyampaikan syarahannya yang berkesan, memperjuangkan idealisme dan gerakan kebebasan.
Sosok yang kental dengan idealisme inilah yang telah membujuk Muhammad Asad untuk mengurung rencananya menjelajah ke Timur Turkestan, China dan Indonesia, bagi membantunya menjelaskan premis intelektual bagi masa depan negara Islam, seperti yang dipaparkan oleh Asad dalam bab awal dari bukunya The Road to Mecca: “after leaving Arabia I went to India and there met the great Muslim poet-philosopher and spiritual father of the Pakistan idea, Muhammad Iqbal. It was he who soon persuaded me to give up my plans of travelling to Eastern Turkestan, China and Indonesia and to remain in India to help elucidate the intellectual premises of the future Islamic state which was then hardly more than a dream in Iqbal’s visionary mind.” (Muhammad Asad, My Discovery of Islam, hh. 1-2)
Selain legasinya dalam perjuangan menegakkan negara dan entiti politik Islam, Iqbal jugalah figura yang telah mengusulkan kepada Muhammad Asad untuk menterjemahkan Sahih al-Bukhari ke dalam bahasa Inggeris. Perkara ini mendapat respon yang positif daripada Muhammad Asad dan dikerjakannya dengan tekun pada musim panas 1934 di Kashmir, dan Srinagar dan dua bab terawal daripada terjemahannya sempat diterbitkan pada tahun itu. Cetusan yang diilhamkan Iqbal yang telah menghasilkan karya penting Sahih Al-Bukhari: The Early Years of Islam, satu-satunya syarah dan komentar yang ekstensif terhadap Sahih al-Bukhari yang pernah dihasilkan dalam bahasa Inggeris, yang jauh mengatasi syarah-syarah yang ada dengan pandangan-pandangan modennya, istinbat-istinbat fiqh, dan tafsiran-tafsiran moral dan spiritualnya yang meyakinkan.
The Reconstruction of Religious Thought in Islam
The Quran is a book which emphasis deed rather than idea” – The Reconstruction of Religious Thought in Islam (1930)
The Reconstruction of Religious Thought in Islam (1930) adalah sebuah karya penting Iqbal yang memaparkan idea-idea terobosannya tentang pemikiran agama, pemahaman tauhid, reformasi budaya, dan persuratan Islam. Ia memuatkan tujuh bab perbahasan dengan menggariskan tema-tema ringkas seputar pengetahuan dan pengalaman agama, falsafah, konsep ketuhanan, wahyu, semangat kebudayaan Islam, prinsip pergerakan dalam struktur Islam, keegoan manusia, kebebasan dan kelestariannya. Ia menegaskan aspirasi perubahan dan kemodenan dan ijtihad yang jelas dengan mengungkapkan “Did the founders of our school ever claim finality for reasoning and interpretation? Never!!” (Adakah pendiri mazhab kita pernah mendakwa pengakhiran kepada penalaran dan penafsiran? Tidak sama sekali!!) Penegasan ini lahir daripada inspirasi pembaharuan yang dicetuskan oleh Sir Sayyid Ahmad Khan dan merupakan penerusan kepada gagasannya dalam pencarian suatu kerangka untuk memahami Islam dari perspektif moden. Menurut Muhammad Khalid Masud (2007) yang menganalisis teologi kemodenan Iqbal, pandangan moderniti pada kurun ke sembilan belas yang terpusat pada sains dan alam telah dirubah kepada identiti dan autonomi diri pada kurun kedua puluh oleh Iqbal, suatu rekonstruksi teologi moden yang signifikan terhadap pemikiran dan falsafah kontemporer. Ia merupakan kontribusi besar Iqbal kepada pembangunan semula pemikiran agama dan pengembalian semangat ijtihad dalam penafsiran hukum, yang menggarap konsep dan pendekatan Islam secara keseluruhan.
Asalnya daripada siri syarahan dan kuliah Iqbal (antara 1928-1930) yang menghimpunkan materi penting dari lontaran idea dan warisan pemikirannya yang luar biasa tentang ijtihad, intuisi, metafizik, falsafah esoterik Islam, tajdid dan pembaharuan pemikiran, buku ini menegaskan pernyataan autentik tentang ideologi dan pemikirannya yang mendasar. Ia memperlihatkan kedinamikan dan keberkesanan hujah dan analisisnya yang kreatif yang digarap dari pengalaman politik yang luas, dan tinjauan yang mendalam tentang kegentingan nasib kaum Muslimin yang menyerah dan berkiblat kepada Barat, kejatuhan peradabannya dan kebobrokan nilai kehidupan yang disogok dengan falsafah materialisme Barat yang bejat.
Keberantakan dan kenaifan umat ini seperti yang dilontarkan oleh Prof Muhammad Kamal Hassan dalam puisinya yang mengasyikkan yang dilakarkan pada 3 Julai 2002 di Universiti Islam Antarabangsa yang berjudul “SMS to Sir Muhammad Iqbal”:
O Iqbal!
Sixty-four years after you returned to the Mercy of Ar-Rahman
The world of the Musulman is still in disarray
As beggars, we wait for crumbs to fall from the Slave Master’s plate
Like hungry wolves, we bark and bite one another and plunge at one another’s throat in the name of Jihad
Killing more of our kind than the real enemy,
Kafirizing more than we can Islamize,
Monopolizing the Paradise of Al-Rahman to one’s own Jama’ah
While the Slave Master and his friends rejoice at the Muslim tragedy,
acting on their script..
Tema pembaharuan dan ijtihad yang dikembangkan dalam karya Iqbal telah memberi dampak kepada revolusi pemikiran yang hebat. Kekuatan idealisme dan idea revolusioner yang dilontarkan mengungkapkan kerangka naratif yang meyakinkan tentang idea perubahan dan pembaikan (islah) dan faham tauhid yang jelas.
Menyorot tentang pandangan tauhidnya yang signifikan yang dipaparkan dalam The Reconstruction, Dr. Chandra Muzaffar menegaskan dalam kertas kerjanya “Iqbal and the Challenge of Reform within the Muslim World” yang disampaikan dalam International Conference on Iqbal and His Universal Vision bahawa kupasan Iqbal banyak mencabar umat untuk memahami pemikiran tauhid yang sebenar dan memikirkan semula keseluruhan konsep dan pendekatan mereka terhadap Islam. Dalam perbincangannya, beliau menekankan tentang pengembalian semangat ijtihad dalam penafsiran hukum. Ia turut membahaskan tentang nilai tawhid yang berakar dalam perjuangan Iqbal. Menurutnya pandangan agama, politik dan falsafahnya diilhamkan dari peradaban Barat yang mengangkat kesedaran diri, keadilan sosial dan semangat egaliter tanpa tunduk kepada kebejatan moral dan spiritual mereka dan taktik imperialisme dan nasionalismenya serta faham agama yang dogmatik.
Kebangkitan Islam Moden
“Muhammad Iqbal, the spiritual founder of Pakistan, is credited with the honor of being the first in modern times to assert in the name of Islam that “political action is the expression of Islam’s spirituality.” namely, that in contrast to Christianity’s separation of Church and state, Islam holds that the “church” demands the “state”; that the existence and good health of the state are the essence of religion, and similarly, economic activity” – Ismail al-Faruqi, Al Tawhid: its Implications for Thought and Life, 157
[Muhammad Iqbal, pengasas spiritual Pakistan, dihargai dengan kehormatan sebagai yang pertama dalam zaman moden untuk menegaskan di atas nama Islam bahawa “aksi politik adalah ekspresi dari kerohanian Islam.”..yakni, berbeza dengan pemisahan Kristian terhadap Gereja dan negara, Islam berpegang bahawa “gereja” membutuhkan “negara”; bahawa kewujudan dan keafiatan negara adalah intisari daripada agama, dan demikian juga, aktiviti ekonomi – Ismail al-Faruqi]
Lantaran itu bagi Iqbal, adalah tidak wajar sama sekali bagi umat Islam untuk meniru Barat secara sembrono tetapi sepatutnya dilakukan dengan pemahaman yang kritis. Kekuatan Barat baginya bukanlah berpunca daripada skrip Latin, tetapi sebaliknya daripada sastera dan sains. Bagi Iqbal, dinamisme Barat adalah tamadun Muslim masa silam yang telah hilang. Kerana itu jugalah, maka seorang Muslim itu harus berfikir tentang kesemua system-sistem Islam tanpa memisahkan dirinya daripada khazanah masa silam tersebut.
Dalam menganalisa idea-idea Iqbal dan nasihatnya kepada umat Islam, maka kita akan dapati bahawa sebagai seorang reformis, kesemua usahanya dalam sastera dan falsafah adalah untuk membawa Muslim daripada belenggu konservatisme, lepercayaan tahyul dan sikap pasif dalam kehidupan kepada keadaan yang siap siaga dalam menghadapi tantangan dunia moden. Baginya juga, risalah yang dibawa al-Qur’an bukanlah hanya semata zikir, tetapi juga fikir; iaitu mesej yang bersifat sainstifik. Bagi Iqbal, kita harus menguasai kedua-dua aspek yang disebut di dalam al-Qur’an untuk memenuhi tuntutan kita sebagai Khalifah Allah di maka bumi ini. Maka selaras dengan visi Iqbal, umat Islam pada hari ini mesti mampu belajar daripada bangsa lain, terutamanya dari Barat, tentang inovasi terbaru dalam bidang sains dan teknologi untuk memperkasakan umat ini.
Menyorot tentang harakat perjuangan dan usaha kebangkitan yang dipelopori Iqbal dan kesannya dalam memangkin daya juang dan ijtihad yang berkesan dalam pemikiran hukum, falsafah, teologi, agama, politik, seni, dan persuratan, Syed Abul Hasan Ali Nadwi menulis dalam bukunya The Glory of Iqbal tentang perjalanan intelektual dan spiritual Iqbal bersama Maulana Rumi dan pertemuannya dengan Jamaluddin al-Afghani, yang mengilhamkan Iqbal dalam perjuangan menegakkan perbaikan dan kebebasan, dan menitipkan pesan universal al-Afghani kepada Iqbal:
“The handful of dust we call country and to which we give the name of Egypt, Syria or Iraq has, undoubtedly, a claim on us but it does not mean that we should confine ourselves to it and cease to look across its frontiers. The sun rises in the East but its rays fall on the East and the West alike. It knows no bounds though its rising and setting is governed by the laws of time and space.” (hh. 193-194)
“Segenggam tanah yang kita panggil negara dan yang kita namakan Mesir, Syria atau Iraq punyai, tanpa syak, klaim ke atas kita tetapi ia tidak bermaksud kita harus membataskan diri kita padanya dan berhenti dari melihat melangkaui sempadannya. Matahari terbit di Timur tetapi sinarnya meliputi Timur dan Barat juga. ia tidak mengenal batas walaupun terbit dan terbenamnya ditentukan oleh undang-undang masa dan tempat.”
Falsafah Pemikiran
He is a man of his age and a man in advance of his age; he is also a man in disagreement with his age” (Reynold A. Nicholson dalam Iqbal, 1983, ms. xxxi)
[Beliau adalah lelaki di zamannya dan lelaki yang jauh mengatasi zamannya; dia juga adalah lelaki yang berbalah dengan zamannya. – Reynold A. Nicholson]
Falsafah pemikiran dan perjuangan Iqbal digerakkan dari pemahaman yang jelas tentang idealisme Islam dan aspirasinya yang mendalam yang membentuk pandangan dunia dan mencorakkan fikrahnya. Usaha intelektual yang berkesan yang dipelopori dengan kekuatan manhaj yang signifikan dan keberkesanan kontribusi dari idea teologi-filosofisnya dalam diskursus ketuhanan, filsafat manusia dan pemikiran Islam. Gagasan filosofnya ternyata berkembang dengan kekuatan religius dan persuratannya lewat pemikiran dan falsafah pencerahan dan semangat ijtihad yang dibawanya. Ijtihad menurutnya adalah “exert with a view to form an independent judgment on legal question” (mengerahkan kekuatan akliah dengan maksud untuk membentuk penilaian yang bebas tentang persoalan hukum)
Menanggapi perjuangan dan inspirasi yang dibawanya, dan kesedaran universal dan kekuatan yang dicetuskan kepada upaya pencerahan dan renaisans, DS Anwar Ibrahim dalam ucaptamanya pada International Conference on Muhammad Iqbal and the Asian Renaissance mengungkapkan sumbangan Iqbal kepada ummah dan kemanusiaan sejagat: “He is the voice of his people and the ummah, but his poetic vision touches the universal realm. It is in this spirit that we mention Iqbal, Jose Rizal and Rabindranath Tagore in the same breath as precursors of the Asian Renaissance.”
Seminar yang mengungkapkan visi Iqbal dan falsafah perjuangan dan idealnya bagi keadilan, kesetaraan dan kebebasan, dan kecekalan yang luar biasa dalam membawa perubahan dan menolak kezaliman dan ketidakadilan sosial, seperti yang diperlihatkan dalam puisinya yang puitis:
Rise and arouse the poverty-stricken
And shake the foundation of the palaces of the rich
Warm up the blood of slaves with the fire of faith
And make the sparrow dare to fight the eagle
The time of sovereignty of the masses has arrived..
Kesimpulan
Allamah Sir Muhammad Iqbal telah menyumbang kepada reformasi pemikiran dan rekonstruksi ijtihad yang signifikan dengan analisisnya yang kritis dan mengilhamkan tentang ketempangan dan kelesuan ummah dalam magnum opusnya The Reconstruction of Religious Thought in Islam. Buku ini memperjelaskan kekeliruan yang merongrong umat kerana kehilangan idealisme dan jatidiri akibat disogok dengan faham materialis dan kebendaan yang memperbodoh dan menindas pemikiran dan mempersenda agama mereka. Ia berusaha mengembalikan identiti dan maruah mereka dalam mendepani cabaran dan anasir luar yang menggugat keutuhan tamadun dan budaya mereka.
Kebimbangan Iqbal terhadap kemunduran dan kenaifan umat yang suatu ketika dulu pernah mencipta peradaban yang besar di India telah mendesaknya untuk menghasilkan buku ini yang menghadapkan perbincangan yang kritis dan mencabar bagi mencetuskan kesedaran dan ketahanan moral dan nilai kebudayaan yang kuat, kerana, menurut Muhammad Iqbal “Vision without power does bring moral elevation but cannot give a lasting culture.” (Visi tanpa kekuatan dapat membawa peningkatan moral tapi tak dapat mencipta budaya yang mapan lagi bertahan)
Ketahanan budaya dan kekuatan idealisme yang kental dapat memberi kesan dan pengaruh yang signifikan dalam menangani krisis dan memangkin perubahan dan kesedaran intelek. Perjuangan yang konstruktif untuk menanggapi cabaran ini dengan positif dapat menggembling kekuatan dan keyakinan baru dalam membawa perbaikan yang ekstensif dan mengilhamkan kebebasan spiritual dan intelek.
Even as I depart from this world
Everyone will say ‘I know him’
But the truth is, alas! That none knew
Who the stranger was, or what he said, or when he came…
Dr Ahmad Nabil Amir adalah Ketua Umum, Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front dan seorang Sarjana Kedoktoran dalam bidang Usuluddin daripada Universiti Malaya.
Bibliografi
Rusliyanto (2015). “Kehendak Kreatif dalam Pandangan Muhammad Iqbal (Sebuah Kritik Metafisika Ketuhanan)”. Skripsi Sarjana, Fakultas Ushuluddin dan Pemikiran Islam, Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta.
Adibah Abdul Rahim, Anita Abdul Rahim (2014). “A Study on Muhammad Iqbal’s Framework of Ijtihad”, Islamiyyat, 36 (2): 5-13.
Al-Faruqi, Ismail Raji (1992). Al Tawhid: its Implications for Thought and Life. Herndon, Virginia: The International Institute of Islamic Thought (IIIT).
Ali Kartawinata (2016). “Konsep Metafisika Muhammad Iqbal”, Al-A‘raf-Jurnal Pemikiran Islam dan Filsafat, vol. xiii, no. 1 (Januari-Juni): 47-61.
Bilgrami, H.H. (1966). Glimpses of Iqbal’s Mind and Thought. Lahore: Sh. Muhammad Ashraf.
Chandra Muzaffar (2002). “Iqbal and the Challenge of Reform within the Muslim World”, Intellectual Discourse, 10 (2): 139-153.
Dhia Ulmilla (2014). “Analisis Gagasan Konsep Diri Muhammad Iqbal dan Relevansinya dengan Pendidikan Islam”. Skripsi Sarjana, Fakultas Ilmu Tarbiyah dan Keguruan, Institut Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta.
Iqbal, Muhammad (1986). The Secrets of the Self: English Rendering of Iqbal’s Asrar-i-Khudi. Tr. Reynold A. Nicholson. Lahore: Iqbal Academy Pakistan.
Iqbal, Muhammad (1996). The Reconstruction of Religious Thought in Islam. Lahore: Institute Islamic Culture.
Iqbal, Muhammad (1977). The Reconstruction of Religious Thought in Islam. Lahore: Sh. Muhammad Ashraf, lecture v.
Institute for Policy Research (IKD) (1997). Muhammad Iqbal and the Asian Renaissance: An International Conference. 3-5 June, Shah Alam, Selangor.
John Renard, ed. (2014). Islamic Theological Themes: A Primary Source Reader. Oakland, California: University of California Press.
Mohd Abbas Abdul Razak (2011). “Iqbal’s Ideas on Science and the Muslims”, Revelation and Science, vol. 1 (3): 85-96.
Mohd Abbas Abdul Razak (2011). “Iqbal’s Ideas for the Restoration of Muslim Dynamism”, Journal of Islam in Asia, Special Issue, no. 2 (June): 377-402.
Mohd Abbas Abdul Razak (2011). “Iqbal: An Analysis on his Life, Works and Mission”, Journal of Islam in Asia, Special Issue, no. 4 (December): 365-381.
Muhammad Khalid Masud (1995). Iqbal’s Reconstruction of Ijtihad. Lahore: Iqbal Academy, and Islamabad: Islamic Research Institute.
Muhammad Khalid Masud (2007). “Iqbāl’s Approach to Islamic Theology of Modernity”, Al-Hikmat, vol. 27: 1-36.
Muhammad Nazreen Jaafar (1 Okt 2013). “Iqbal dan Pemikiran Reformis”. http://irfront.net/post/articles/iqbal-dan-pemikiran-reformis/ diakses 1 Jul 2016.
Mustansir Mir (2006). Iqbal. London, New York: I.B. Tauris.
Mustansir Mir (2016). “Islam” dalam Susan M. Felch (ed.), The Cambridge Companion to Literature and Religion New York: Cambridge University Press.
Nadwi, Syed Abul Hasan Ali (1979). Glory of Iqbal (Mohammad Asif Kidwai, terj.). Lucknow: Islamic Research and Publications.
Saikhul Hadi (2001). “Pemikiran Muhammad Iqbal tentang Ijtihad”. Skripsi Sarjana, Fakultas Syari‘ah, Institut Agama Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta.