Bedah Buku “The Prophet’s Pulpit: Commentaries on the State of Islam – Volume I” oleh Khaled Abou El Fadl Bersama Ahmad Muziru Idham
September 11, 2023

Tarikh: Sabtu, 7 Oktober 2023

Waktu: 5.00PM – 7.00PM

Tempat: Baitul Azizah, Presint 18, Putrajaya Bandar Filsafat

 

Pendaftaran: https://www.eventbrite.com/e/bedah-buku-the-prophets-pulpit-commentaries-on-the-state-of-islam-tickets-716913336087?aff=oddtdtcreator

 

Islam merupakan sebuah ajaran yang sangat mementingkan soal moraliti dalam kehidupan. Peribadi Nabi Muhammad SAW sendiri adalah teladan yang sangat jelas sebagai penanda aras bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral tinggi. Masyarakat yang kehilangan moral dan kompas hidupnya akan menyebabkan dirinya berperilaku dengan lensa pandang yang bobrok seperti rasisme, misoginis, xenofobia, terorisme, dan sebagainya. Permasalahan moral itu diburukkan lagi apabila sebahagian umat Islam cenderung beramal dengan tafsiran agama yang sempit dan anti humanis, sehingga berpendirian bahawa tindakan tidak berperikemanusiaan mereka itu adalah wajar atas nama agama dan merasakan Tuhan bersama-sama dengan perilaku zalim mereka tersebut. Kompas moral yang sebegini perlu diperbetulkan semula kerana ia telah menjadi permasalahan getir umat Islam kontemporari yang semakin tersasar daripada nilai ajaran agama Islam sebenar seperti yang diajarkan oleh sunnah Nabi.

Jadi, dalam himpunan 22 buah teks khutbah dalam buku The Prophet’s Pulpit ini, Khaled Abou El Fadl menyampaikan komentar-komentarnya yang tajam tentang isu-isu semasa Islam dan dunia Muslim daripada simbolik mimbar Nabi Muhammad SAW. Gabungan antara tafsir Qur’an dan pandangan berteraskan etika sosial yang terdapat dalam setiap teks khutbah tersebut memaparkan keilmuan, pencerahan dan dedikasi beliau terhadap prinsip keadilan sosial yang memacu kepada ketinggian tamadun Islam dalam peradaban manusia. Himpunan teks khutbah di dalam buku ini berusaha menggambarkan laluan spiritual dan beretika bagi umat Islam dalam menghadapi cabaran-cabaran ketidakadilan, penindasan dan arus Islamofobia di seluruh dunia.

Sesi bedah buku The Prophet’s Pulpit ini akan membentangkan tentang idea-idea Khaled Abou El Fadl yang terdapat dalam teks-teks khutbahnya itu yang sarat dengan persoalan moraliti dan kemanusiaan dalam merespon isu-isu semasa umat Islam abad ke-21. Persoalan penindasan, rasisme, hipokrasi, kedidaktoran, kebencian dan sebagainya disentuh dengan kritis oleh beliau dalam teks-teks khutbahnya yang diiringi dengan seruan-seruan untuk membangunkan spiritualiti dan kefahaman teologi yang membebaskan manusia daripada segala kebejatan sosial tersebut. Inilah hal-hal yang dikritik tajam oleh Khaled Abou El Fadl di mimbar khutbah Jumaatnya.

 

Program

5.00-5.05PM   : Ucapan pembukaan oleh moderator, Tunku Miftah Hadi Tunku Mohar, Intern, IRF

5.05-6.00PM   :  Perbentangan oleh Ahmad Muziru Idham, Felo Penyelidik, IRF

6.00-7.00PM   :  Perbincangan

7.00PM            :  Minum petang

 

Anjuran:  Islamic Renaissance Front (IRF)

Contact Us
Islamic Renaissance Front
26th Floor Menara Maxis, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +603-2615-7919
Fax: +603-2615-2699
Updated version: 2.39-20231022